Miliki ASUS ZenFone 5z Dan ASUS ZenFone Max Pro M1 Dengan Diskaun Sehingga RM500 0 348

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan promosi tempoh terhad untuk tempoh satu hari yang akan diadakan pada 29 Januari 2019. Promosi dengan diskaun sehingga RM500 ini boleh dinikmati melalui pembelian model ASUS ZenFone 5z dan juga ASUS ZenFone Max Pro M1 di laman e-dagang Shopee.

Menjelang tengah malam ini (29 Januari 2019), anda boleh memiliki ASUS ZenFone 5z (6GB + 128GB) pada harga RM1,499 (RM1,899), manakala varian 8GB + 256GB pula kini boleh dibeli pada harga hanya RM1,799 (RM2,299). Selain itu, ASUS ZenFone Max Pro M1 varian 6GB + 64GB juga boleh dimiliki pada harga RM799 berbanding harga asalnya RM999.

Miliki ASUS ZenFone anda dengan tawaran menarik hanya di Shopee:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend