Miliki ASUS ZenFone 5Z 6GB + 128GB Pada Harga RM1,799 Hanya Di Lazada – Kuantiti Terhad! Comments Off on Miliki ASUS ZenFone 5Z 6GB + 128GB Pada Harga RM1,799 Hanya Di Lazada – Kuantiti Terhad!

Bersempena ‘Tuesday Flash Sales’, anda kini boleh memiliki ASUS ZenFone 5Z 6GB + 128GB pada harga yang lebih murah iaitu RM1,799 secara eksklusif melalui pembelian di Lazada untuk hari ini sahaja (Selasa, 21 Ogos 2018). Dengan potongan harga sebanyak RM100, ASUS ZenFone 5Z menjanjikan spesifikasi terbaik dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 845.

ASUS ZenFone 5Z yang boleh dianggap sebagai salah satu peranti flagship paling berbaloi untuk dimiliki di pasaran buat masa ini turut menjanjikan antaramuka ZenUI 5.0 berasaskan Android 8.0 Oreo yang lebih mirip seperti Android asli. Selain itu ia turut menawarkanskrin sebesar 6.2 inci Super IPS+, dwi kamera AI 12MP, kamera hadapan 8MP, dan juga bateri berkapasiti 3300 mAh dengan pengecasan pantas.

Bagi yang berminat untuk memiliki ASUS ZenFone 5Z 6GB + 128GB pada harga promosi ini, Lazada menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspres percuma dan ini bermakna peranti akan diterima pada hari yang sama selepas pembelian.

Miliki ASUS ZenFone 5Z 6GB + 128GB anda hari ini, eksklusif di Lazada.

Baca juga:

[Ulasan] ASUS ZenFone 5Z: Peranti Induk paling Berbaloi Untuk Dimiliki Setakat Ini

Kemas Kini Baharu Untuk ASUS ZenFone 5Z Menjanjikan Penambahbaikan Kamera Termasuk Sokongan Fail RAW

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend