MikeBikes Tawar Pengalaman Unik Berbasikal Di Kuala Lumpur Comments Off on MikeBikes Tawar Pengalaman Unik Berbasikal Di Kuala Lumpur

Semalam kami menerima jemputan daripada HMD Global untuk aktiviti berbasikal di ibu kota. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk merasai pengalaman mengambil gambar menggunakan Nokia 8.1 dan sudah tentu meninjau tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur.

Bermula di MikeBikes, kami diberi peluang berbasikal secara berkumpulan bersama rakan media yang lain dan telah menghabiskan masa lebih kurang tiga jam mengayuh dan berhenti seketika. Laluan yang dibawa adalah di sekitar Bukit Bintang, Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Dataran Merdeka, Masjid Jamek, dan seterusnya ke Bukit Nanas.

Jadi, bagi anda yang ingin merasai pengalaman yang sama, anda boleh dapatkan perkhidmatan ini di MikeBikes, Jalan Ampang. Harga yang ditawarkan pula adalah bermula RM115 dan tiada bayaran untuk bayi berumur di bawah 6 bulan.

Anda juga boleh memilih untuk berbasikal selama 2 jam ataupun 4 jam dengan jarak paling jauh 15km dengan perkhidmatan pemandu pelancong. MikeBikes boleh dikunjungi di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang (bersebelahan Pelita Nasi Kandar).

MikeBikes merupakan syarikat dari Belanda yang menawarkan perkhidmatan sewa basikal dan pemandu pelancong yang diluluskan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Layari www.mikebikes.my untuk maklumat lanjut atau berkenaan harga.

[Ulasan] Nokia 8.1 Peranti Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend