#MiDahGila – Beli Mi Note 10 Percuma Telefon, Harga Redmi 8 Dan Note 8/8 Pro Kini Diturunkan Comments Off on #MiDahGila – Beli Mi Note 10 Percuma Telefon, Harga Redmi 8 Dan Note 8/8 Pro Kini Diturunkan

Berita baik buat peminat Xiaomi di Malaysia, anda kini boleh mendapatkan Redmi Note 8 dan Note 8 Pro pada harga kurang daripada RM1000.

  • Redmi Note 8
    • 4GB+64GB = RM699 (sebelum ini RM799)
    • 4GB+128GB = RM799 (sebelum ini RM899)
  • Redmi Note 8 Pro
    • 6GB+64GB = RM899 (sebelum ini RM1099)
    • 6GB+128GB = RM999 (sebelum ini RM1199)

Harga baharu ini telah efektif bermula 1 Februari lepas yang mana turut membawa penurunan harga kepada Redmi 8 juga:

  • Redmi 8
    • 4GB+64GB = RM549 (sebelum ini RM599)

Orang ramai boleh menikmati harga baharu ini di semua Authorised Mi Store seluruh negara. Selain daripada tiga telefon ini, Xiaomi Malaysia turut menawarkan jualan istimewa untuk telefon premium mereka iaitu Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro. Anda boleh mendapatkan telefon percuma seperti:

  • Percuma Mi A2 Lite (RM599) untuk pembelian Mi Note 10.
  • Percuma Redmi 7A (RM399) untuk pembelian Mi Note 10 Pro.

Tawaran telefon percuma ini boleh dibawa pulang pelanggan selagi stok masih ada.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend