Microsoft Akan Menghentikan Sokongan Edge Pada Windows 7 Selepas 15 Julai 2021 Comments Off on Microsoft Akan Menghentikan Sokongan Edge Pada Windows 7 Selepas 15 Julai 2021

Diperkenalkan pada tahun 2015, Microsoft Edge merupakan pelayar web yang ditawarkan untuk Windows 10 dan juga Xbox One. Malah penawaran pelayar web itu telah diperluaskan ke platform mudah alih Android dan iOS pada tahun 2017.

Namun begitu melalui pengumuman rasmi yang dibuat, sokongan Microsoft Edge untuk Windows 7 dan Windows Server 2008 R2 akan hanya diteruskan sehingga 15 Julai 2021 sahaja.

Selepas daripada tarikh itu, sokongan Edge untuk kedua-dua platform ini akan dihentikan. Jadi bagi sekiranya anda mahu menggunakan pelayar web ini, Microsoft mencadangkan anda untuk beralih ke sistem operasi yang sesuai seperti Windows 10.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend