Mi Store Kini Dibuka Di Sunway Pyramid, Turut Menawarkan Pocophone F1 Kevlar Edition, Mi Max 3 Dan Mi Band 3 Comments Off on Mi Store Kini Dibuka Di Sunway Pyramid, Turut Menawarkan Pocophone F1 Kevlar Edition, Mi Max 3 Dan Mi Band 3

Selepas membuka kedai fizikalnya di Mid Valley pada awal bulan lalu, hari ini Xiaomi dilihat telah membuka satu lagi cawangan Mi Store bertempat di pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Pembukaan rasmi kedai fizikal ini sekaligus memudahkan pengguna berhampiran untuk mendapatkan pelbagai produk keluaran Xiaomi.

Bersempena dengan pembukaan Mi Store di Sunway Pyramid ini juga, peminat jenama ini boleh mendapatkan diskaun sehingga RM200 untuk telefon pintar model terbaharu keluaran Xiaomi seperti Redmi Note 5, Redmi 5 Plus, Mi A2, Mi Mix 2 dan juga Mi Mix 2S. Selain itu, tawaran diskaun ini turut ditawarkan untuk aksesori Xiaomi seperti power bank, pengecas kereta, beg galas, fon kepala, speaker, dan banyak lagi (selagi stok masih ada).

Pelbagai jenis aksesori turut ditawarkan.

Lebih menariknya, pembukaan Mi Store ini juga turut dibuat serentak dengan hari pertama jualan tiga produk terbaharu daripada Xiaomi iaitu Pocophone F1 Kevlar Edition, Mi Max 3  dan juga Mi Band 3. Malah ketiga-tiga produk ini turut dijual di Mi Store Sunway Pyramid yang terletak di aras F1. 47 Level F.

Bersempena pembukaan rasmi Mi Store di Sunway Pyramid, pelbagai produk Xiaomi akan dijual pada harga yang lebih murah.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend