Mi Fan Menyaman Xiaomi Kerana Gagal Menepati Janji Untuk Menganjurkan Aktiviti Makan Malam Bersama Lei Jun Comments Off on Mi Fan Menyaman Xiaomi Kerana Gagal Menepati Janji Untuk Menganjurkan Aktiviti Makan Malam Bersama Lei Jun

Tidak dinafikan lagi bahawa kejayaan Xiaomi di dalam arena telefon pintar sememangnya turut dibantu oleh sokongan daripada peminat tegarnya yang lebih dikenali sebagai ‘Mi Fan’. Ini jelas dapat dilihat melalui sokongan berterusan mereka dalam setiap acara ataupun produk yang diperkenalkan.

Tetapi apa yang berlaku di China, seorang Mi Fan iaitu Mr. Yang telah dilaporkan telahpun memfailkan saman terhadap Xiaomi. Tuntutan mahkamah yang telah dikemukakan ke laman rasmi Mahkamah Haidian di Beijing itu telah dibuat berikutan kegagalan Xiaomi menunaikan janji yang telah dibuat.

Xiaomi Mi 5X

Menurut kes saman yang kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa, Xiaomi sebelum ini pernah membuat pengumuman peraduan jualan telefon pintar Xiaomi pada Ogos 2017. Untuk menyertai peraduan ini, peserta hanya perlu memilih salah satu daripada syarat yang ditetapkan iaitu menjual lebih 300 unit Mi 5X, jualan melebihi 300 unit Redmi Note 5A, ataupun jualan melebihi 400 unit untuk kedua-dua model Mi 5X dan Redmi Note 5A.

Xiaomi Redmi Note 5A

Ganjaran yang akan ditawarkan untuk pemenang adalah aktiviti makan malam bersama pengasas bersama Xiaomi iaitu Lei Jun. Walau bagaimanapun selepas Mr. Yang berjaya menjual sebanyak 523 unit Xiaomi Redmi Note 5A, tuntutan hadiah yang dijanjikan itu telah ditolak oleh pihak Xiaomi.

Dokumen tuntutan saman yang difailkan di laman rasmi Mahkamah Haidian di Beijing, China.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend