
Baru sahaja Xiaomi melancarkan model flagship terbaharunya dengan kemunculan Mi MIX 3 semalam dengan rekaan gelongsor mekanikal. Selain rekaan yang unik, Xiaomi jelas memfokuskan pada keupayaan penggambarannya yang boleh diiktiraf sebagai telefon pintar dengan sokongan kamera terbaik pernah dihasilkannya setakat ini.
Keupayaan prestasi kamera pada Mi MIX 3 ini nampaknya bakal diterima oleh dua lagi model keluaran Xiaomi iaitu Mi 8 dan juga Mi MIX 2S melalui kemas kini kamera yang akan diberikan tidak lama lagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Lei Jun melalui laman sosial Weibo miliknya pada hari ini.

Mi 8 dan Mi MIX 2S mampu menyokong prestasi setanding Mi MIX 3 kerana ketiga-tiga model ini memiliki sensor kamera yang sama iaitu dwi kamera 12MP (Sony IMX363) + 12MP (Samsung S5K3M3). Buat masa ini Mi 8 menerima skor DxOMark sebanyak 99 mata, manakala Mi MIX 2S pula menerima skor sebanyak 97 mata.

Baca juga: