Mengapa Google Menukar Nama Platform Jam Pintar Android Wear Ke Wear OS?! Comments Off on Mengapa Google Menukar Nama Platform Jam Pintar Android Wear Ke Wear OS?!

Mungkin ada di antara pembaca di luar sana sudah sedia maklum bahawa Google baru-baru ini sudah mengambil langkah mengejut dengan membuat penukaran nama untuk platform jam pintar dari Android Wear ke Wear OS.

Sebenarnya penukaran nama ini tidak melibatkan perubahan dari segi perkakasan ataupun fungsinya, tetapi ia sekadar melibatkan peralihan nama semata-mata. Jika tiada sebarang pembaharuan kenapa perlu Google berbuat demikian?!

Untuk pengetahuan anda, penukaran nama ke Wear OS dilihat sebagai satu pendekatan yang lebih sesuai memandangkan satu pertiga daripada jam pintar Android Wear telah disambungkan ke peranti keluaran Apple iaitu iPhone. Jadi dengan menggunakan nama Wear OS, ia dilihat lebih masuk akal kerana ia boleh digunakan dengan lebih meluas.

Malah sebelum ini juga Google turut menyingkirkan penggunaan nama ‘Android’ di dalam portfolio produk keluarannya, sebagaimana dilakukan pada Android Pay yang kini lebih dikenali sebagai Google Pay. Apa yang pasti, Google sudah tentunya memiliki perancangan yang lebih baik untuk platform jam tangan Wear OS yang akan didedahkan dalam acara Google I/O tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend