Menangi Rumah Impian, Honda HRV Dan Volkswagen Polo Sempena Kempen ‘Cahaya Raya Shopee’ – Bermula 3 Mei Hinga 17 Jun 2018 Comments Off on Menangi Rumah Impian, Honda HRV Dan Volkswagen Polo Sempena Kempen ‘Cahaya Raya Shopee’ – Bermula 3 Mei Hinga 17 Jun 2018

Sempena meraikan sambutan perayaan Hari Raya, Shopee selaku platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 juta. Kempen yang akan berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun 2018 ini akan menawarkan pelbagai tawaran eksklusif terhadap lebih 100,000 produk dengan potongan harga mencecah sehingga 90%.

Shopee sebelum ini telah mengadakan sesi kaji selidik yang melibatkan penglibatan 140,00 pengguna tempatan.

Kempen Cahaya Raya ini telah dianjurkan hasil daripada kaji selidik pra-raya yang diadakan dari 2 hingga 9 April yang lalu, dalam usaha untuk memahami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena musim Hari Raya nanti. Jadi bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya, pelanggan Shopee boleh menikmati diskaun hebat untuk pelbagai produk yang terdiri dari kategori berbeza termasuklah fesyen, kesihatan & kecantikan, perhiasan rumah & ruang tamu, dan banyak lagi.

Sepanjang kempen ini berlangsung, pelanggan Shopee akan berpeluang untuk memenangi hadiah rumah impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan juga sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000. Malah pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan termasuk Syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan banyak lagi.

Bermula 19 April 2018, anda sudah boleh melihat sendiri antara koleksi yang akan ditawarkan sempena Kempen Cahaya Raya di ‘Shopee Cahaya Raya’. Anda juga boleh melayari laman rasmi Shopee untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend