Menangi HONOR 20, HONOR 10 Lite Dan HONOR Band SS Melalui #DayNight Photography Contest Comments Off on Menangi HONOR 20, HONOR 10 Lite Dan HONOR Band SS Melalui #DayNight Photography Contest

HONOR hari ini telah mengumumkan peraduan ‘#DayNight Photography Contest’ yang boleh menjadi platform untuk pengguna mendedahkan kreativiti dan juga kemahiran bergambar. Bermula 4 Oktober hingga 4 November 2019, mana-mana pemilik telefon pintar boleh menghantar seberapa banyak penyertaan berasingan untuk memenangi HONOR 20, HONOR 10 Lite ataupun HONOR Band SS.

Untuk menyertai pertandingan fotografi ini, peserta boleh menghantar gambar pada waktu siang, malam ataupun kombinasi kedua-duanya melalui akaun Instagram serta Facebook (tetapkan sebagai ‘public’). Setiap penyertaan perlu diselitkan sekali dengan tanda pagar #DayNight dan #HONOR20Series.

Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan dan anda perlu tag ‘honormalaysia’ pada setiap gambar yang dikongsikan di Instagram dan Facebook. HONOR Malaysia akan memilih lima pemenang bertuah dan senarai pemenang akan diumumkan di Facebook HONOR Malaysia pada 8 November 2019.

Hadiah peraduan ‘#DayNight Photography Contest’:

  1. Hadiah Utama – 1x HONOR 20
  2. Hadiah Kedua – 1x HONOR 10 Lite (3GB + 32GB)
  3. Hadiah Ketiga – 3x HONOR Band SS

Untuk mengetahui lebih terperinci tentang peraduan ini, anda boleh melayari ‘HONOR #DayNight Photography Contest’

Baca juga:

[Ulasan] HONOR 20 Pro – Kelebihan Dan Kekurangan Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Peranti Ini?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend