Menangi Hadiah Utama Huawei P30 Pro Dengan Menyertai Pertandingan Fotografi Anjuran Huawei Malaysia 0 344

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan pertandingan fotografi yang akan berlangsung selama sebulan bermula 6 April hingga 5 Mei 2019. Pertandingan yang berlangsung selama sebulan ini telah ditaja oleh Huawei Malaysia dengan kerjasama dengan akhbar tempatan terpilih iaitu The Star, Berita Harian, Harian Metro, Sin Chew Daily dan juga Oriental Daily News.

Pertandingan fotografi bertemakan ‘Huawei Rewrite the Rules of Photography’ ini terbuka kepada semua pemilik telefon pintar Huawei di Malaysia, dan mereka hanya perlu berkongsi gambar terbaik yang diambil menggunakan telefon pintar Huawei. Pemenang yang bertuah akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah Huawei P30 Pro, Huawei Nova 4, Huawei Watch GT dan banyak lagi.

Antara hadiah menarik yang boleh anda menangi dengan menyertai pertandingan fotografi ini.

Syarat penyertaan pertandingan:

  1. Ambil gambar yang menyerlahkan kreativiti anda dengan menggunakan kamera pada telefon pintar Huawei. Pastikan watermark pada kamera diaktifkan.
  2. Sertakan sekali dengan caption bagi menerangkan gambar yang telah diambil.
  3. Muat naik gambar ke media sosial dengan tanda pagar (hashtag) yang ditetapkan.

Saluran penyertaan pertandingan:

Menariknya, peserta juga boleh menghantar setiap penyertaan ke NEXT Image Awards untuk peluang memenangi hadiah wang tunai USD20,000 (kira-kira RM82,317) dan pelbagai hadiah menarik yang lain. Setiap penyertaan juga akan layak menerima baucar bernilai RM50 untuk pembelian aksesori di Huawei Official Store.

Baca juga:

Huawei P30 Pro Dinobatkan Sebagai Telefon Pintar Berkamera Terbaik Di TIPA World Awards 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend