Meizu Note 9 Disahkan Hadir Dengan ‘Snapdragon 6150’ Beserta Kamera Belakang 48MP Comments Off on Meizu Note 9 Disahkan Hadir Dengan ‘Snapdragon 6150’ Beserta Kamera Belakang 48MP

Jika ada 10 pengguna Android di Malaysia, belum tentu satu daripadanya menggunakan Meizu. Bagaimanapun perkembangan teknologi yang semakin pesat tidak menghalang Meizu untuk memperkenalkan peranti yang mampu bersaing. Terbaru, Note 9 dikhabarkan akan dilancarkan tidak lama lagi menawarkan beberapa perkakasan menarik.

Melalui Forum Komuniti Meizu, peranti ini akan dikuasakan cipset ‘Snapdragon 6150’ daripada Qualcomm selain ia akan dilengkapi kamera utama sebesar 48MP. Lensa seperti ini adalah sama seperti yang ada pada Honor V20 dan peranti pertama Redmi yang dijadualkan akan diperkenalkan pada 10 Jan ini.

Menurut desas-desus, ‘Snapdragon 6150’ akan dikenali dengan nama rasmi sebagai Qualcomm Snapdragon 680 atau Snapdragon 685. Laporan juga mendakwa cip ini dibina di atas cip 11nm yang dibangunkan Samsung.

Jika mengikut siri-600 yang sedia ada, pemproses ini mungkin hadir dengan lapan-teras yang digandingkan bersama grafik Adreno siri-600 serta menyokong resolusi skrin HD penuh+. Selain daripada itu, terdapat sokongan Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/n/ac, USB 3.1, NFC, dan lain lagi.

Bagaimananpun, kita akan mendengar info lebih lanjut daripada pihak Meizu sendiri pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend