Meizu Note 8 Diumumkan Dengan Paparan 6″, Snapdragon 632, Pengecasan Pantas 18W Comments Off on Meizu Note 8 Diumumkan Dengan Paparan 6″, Snapdragon 632, Pengecasan Pantas 18W

Meizu Note 8 hari ini diperkenalkan secara rasmi di China menawarkan peranti dengan paparan 6-inci tanpa takuk beresolusi FHD+ (2160 x 1080p), dwi kamera utama 12MP Sony IMX362 dan 5MP sensor kedalaman serta kamera depan 8MP yang menyokong sistem nyahkunci wajah.

Dikuasakan cipset terbaharu daripada Qualcomm Snapdragon 632, pemproses ini memiliki lapan-teras berteknologi Kyro disamping sistem grafik Adreno 506. Cipset ini tidak sebaik SD660 kerana sistem grafik yang diguna pakai adalah daripada SD450. Memori pula menawarkan 4GB RAM dan 64GB storan.

Peranti ini dijana bateri sebesar 3,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Walaubagaimanapun, ia hanya boleh dicas menggunakan kabel jenis microUSB dan bukan jenis USB Type-C. Bagi pengguna yang gemarkan bicu audio, ia masih dimuatkan bersama.

Meizu Note 8 dioperasikan sistem antaramuka Flyme OS berasaskan Android Oreo. Peranti ini dijual di China bermula 1 November depan pada harga mampu milik iaitu CNY1,300 (~RM720) seunit.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend