Meizu HALO Merupakan Earphone Bluetooth Dengan Cahaya Laser Terbina-Dalam – Hanya 10,000 Unit Dijual Comments Off on Meizu HALO Merupakan Earphone Bluetooth Dengan Cahaya Laser Terbina-Dalam – Hanya 10,000 Unit Dijual

Meizu baru sahaja melancarkan tiga model terbaru keluarannya di China dengan model 15 Plus, 15 dan juga M15. Di dalam majlis yang sama, Meizu juga sebenarnya turut memperkenalkan dua model earphone Bluetooth yang mampu menarik perhatian pengguna dengan ciri menarik yang ditawarkannya.

Meizu HALO merupakan earphone Bluetooth yang sangat unik kerana bahagian kabelnya telah dilengkapi dengan cahaya laser terbina-dalam yang mampu dinyalakan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Sokongan diod laser dari OSRAM ini dikatakan 5x lebih terang jika dibandingkan dengan LED biasa, malah kehadiran gentian kaca Corning yang dikenali sebagai Fibrance ini juga berupaya memastikan tahap pencahayaan yang lebih sekata.

Panjang kabel mencecah sehingga 1.5 meter pada Meizu HALO ini berupaya menghasilkan cahaya dalam dua warna iaitu merah atau biru, dan ia mampu bertahan sehingga 15 jam sekiranya lampu pada kabel dimatikan. Masa yang diambil untuk mengecas earphone Bluetooth ini adalah 1.5 jam.

Manakala satu lagi earphone Bluetooth yang diperkenalkan adalah Meizu POP yang menampilkan rekaan tanpa wayar sepenuhnya dengan ciri kalis air.  Memiliki berat hanya 5.8g, Meizu POP menyokong kawalan menggunakan sentuhan, dan ia didatangkan dalam bekas simpanan yang turut menawarkan fungsi pengecasan tanpa wayar.

Meizu HALO dijual pada harga CNY999 (kira-kira RM 620) dan ia sebenarnya merupakan aksesori edisi terhad dari Meizu kerana hanya 10,000 unit sahaja yang akan dijual. Meizu POP pula dijual pada harga CNY499 (kira-kira RM310) bermula 29 April 2018, dan kedua-dua earphone Bluetooth ini hanya tersedia untuk pasaran di China sahaja buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend