Meizu 17 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, Skrin 90Hz, Kuadkamera 64MP Comments Off on Meizu 17 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, Skrin 90Hz, Kuadkamera 64MP

Seperti yang dijadualkan, Meizu 17 akhirnya dilancarkan secara rasmi hari ini. Ianya merupakan telefon pintar di bawah segmen mercu premium yang menawarkan spesifikasi tinggi setanding dengan model lain di luar sana.

Kehadiran Meizu 17 sekaligus menjadikan ia telefon Meizu pertama dengan sokongan 5G yang dikuasakan cipset Snapdragon 865. Memori dalamanya pula dibekalkan dengan 8GB RAM LPDDR4X diikuti storan 128GB/256GB berasaskan UFS 3.1.

Meizu 17 dipadankan bersama paparan Super AMOLED 6.6-inci yang turut membenamkan kamera swafoto 20MP. Paparan menyokong kadar segar semula 90Hz, HDR10+ dan di kerangka atas dan bawah terdapat pembesar suara stereo.

Bercakap tentang panel belakang, Meizu 17 menggunakan panel gelas jenis seramik yang tahan lasak dan modul kamera utama pula menempatkan sistem kuadkamera terdiri daripada sensor 64MP + 32MP + 8MP + ToF. Penggambaran menawarkan lensa bersudut ultralebar, telefoto dengan zum lossless 8x, dan lensa 3D untuk kegunaan AR. Sementara varian asas Meizu 17 pula menyediakan sensor 64MP + 12MP + 8MP + 5MP makro.

Peranti ini dijalankan di atas sistem operasi Flyme 8.1 berasaskan Android 10 dan kesemuanya dikuasakan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan 30W. Untuk varian Pro, ia didatangkan dengan sokongan pengecasan tanpa wayar 27W.

Meizu 17 tiba dalam tiga pilihan warna iaitu hijau, kelabu, dan putih. Di China, ia dijual pada harga bermula CNY3699 (~RM2260) untuk 8GB+128GB.

Meizu turut membawakan edisi terhad Collectors Edition 17 Pro berharga CNY9999 (~RM6111) dan Aircraft Carrier pada harga CNY4299 (~RM2628) juga.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend