Meizu 17 Dan 17 Pro Akan Terima Sokongan Skrin 120Hz Melalui Kemas Kini Comments Off on Meizu 17 Dan 17 Pro Akan Terima Sokongan Skrin 120Hz Melalui Kemas Kini

Berita mengenai pelancaran Meizu 17 Pro dan Meizu 17 mendapat perhatian ramai pengguna seantero dunia kerana Meizu dilihat berjaya berdaya saing dengan jenama telefon pintar lain. Ini kerana Meizu 17 Pro khususnya mempunyai spesifikasi yang terkini antaranya penggunaan cipset Snapdragon 865, storan berasaskan UFS 3.1, skrin dengan bezel nipis yang mempunyai rekaan kamera berlubang.

Bagaimanapun keupayaan peranti ini akan dipertingkatkan lagi menerusi kemas kini terbaru tidak lama lagi yang membawakan sokongan kadar segar semula 120Hz. Buat masa ini Meizu telah melepaskannya kepada segelintir pengguna dan jika tiada isu, kemas kini seterusnya akan diberikan kepada semua pengguna.

Di China, Meizu 17 dan 17 Pro masing-masing dijual pada harga diantara RM2260 hingga RM6111 (Collectors Edition 17 Pro) sebuah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend