Meizu 17 Akan Dilancarkan Pada 8 Mei Ini – Skrin 90Hz, Snapdragon 865, Kamera 64MP Comments Off on Meizu 17 Akan Dilancarkan Pada 8 Mei Ini – Skrin 90Hz, Snapdragon 865, Kamera 64MP

Meizu sudah menjadualkan pelancaran peranti terbaru bulan hadapan yang mana mereka akan mengumumkan Meizu 17. Hari ini dua keping poster mengenai peranti telah dikongsikan oleh syarikat di laman weibo memperlihatkan beberapa spesifikasi yang akan ditawarkan.

Kini sudah menjadi trend kepada para pengeluar untuk menghasilkan versi biasa dan Pro untuk setiap siri. Meizu 17 juga tidak terkecuali yang mana kedua-dua model disahkan akan dilengkapi skrin dengan kadar segara semula 90Hz, kamera utama 64MP, dan pengecasan pantas tanpa wayar – Super Wireless mCharge (untuk model Pro).

Poster acah turut menunjukkan peranti menawarkan sistem AI yang lebih canggih disamping versi Pro akan diperkasakan dengan cip pemproses Snapdragon 865 bersama sokongan sambungan WiFi 6. Peranti ini sah akan hadir dengan bateri 4500mAh, pengecasan 30W, kamera depan berlubang, dan storan UFS 3.1.

Meizu 17 akan dilancarkan di China pada 8 Mei 2020 sekaligus akan menjadikan ia peranti pertama menyokong 5G daripada Meizu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend