Meizu 16T Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855, 6.5″ Super AMOLED, 4500mAh Dan Pengecasan 18W Comments Off on Meizu 16T Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855, 6.5″ Super AMOLED, 4500mAh Dan Pengecasan 18W 240

Seperti yang telah dijadualkan, Meizu kini sudahpun melancarkan telefon pintar mercu terbaharunya melalui pelancaran model Meizu 16T. Ternyata kemunculan model ini sangat dinanti-nantikan oleh banyak pihak kerana selain menjanjikan sokongan spesifikasi yang sangat baik, ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855, Meizu 16T turut menawarkan sokongan RAM sehingga 8GB dan juga ruang storan mencecah 256GB (UFS 3.0). Dari segi antaramukanya pula, ia telah dioperasikan oleh Flyme OS 7 berasaskan Android 9.0 Pie pada paparan skrin 6.5 inci Super AMOLED FHD+ (2232 x 1080 piksel). Pada paparan skrin turut tersedia dengan pengimbas cap jari yang didakwa boleh dibuka sepantas 0.2 saat sahaja.

Berbeza dengan kebanyakan peranti di pasaran, Meizu 16T masih mengekalkan rekaan bezel yang agak nipis untuk menempatkan kamera depan beresolusi 16MP (f/2.2). Manakala kamera utamanya pula tersedia dengan konfigurasi tiga lensa beresolusi 12MP (Sony IMX362, f/1.9) + 8MP (Wide Angle) + 5MP (Depth sensor). Menariknya ia turut tersedia dengan mod Super Macro dengan jarak hanya 2.5cm sahaja.

Bateri pada Meizu 16T juga sudah tentunya menjanjikan ketahanan yang lebih baik dengan sokongan kapasiti bateri sebesar 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Memiliki speaker stereo, terdapat tiga warna boleh dipilih iaitu hijau, ungu atau merah, dan ia akan dijual dalam tiga varian seperti berikut:

  • 6GB + 128GB – CNY1,999 (~RM1,184)
  • 8GB + 128GB – CNY2,299 (~RM1,361)
  • 8GB + 256GB – CNY2,499 (~RM1,480)

Baca juga:

Meizu 16s Pro Kini Rasmi Dengan Tri-kamera, Snapdragon 855 Plus, Flyme 8 OS

Meizu 16T Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 23 Oktober Dengan Sokongan Cipset Snapdragon 855

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend