Meizu 16T Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 23 Oktober Dengan Sokongan Cipset Snapdragon 855 Comments Off on Meizu 16T Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 23 Oktober Dengan Sokongan Cipset Snapdragon 855 289

Meizu bukanlah sebuah jenama yang asing di negara ini kerana ia pernah diperkenalkan di negara ini secara rasmi, namun begitu kemunculannya dilihat tidak mampu bertahan lama. Walaupun sambutan di negara ini agak kurang memberangsangkan, Meizu sebenarnya masih komited dalam memperkenalkan pelbagai model keluarannya.

Terbaharu, Meizu disahkan akan memperkenalkan satu lagi telefon pintar mercunya dengan kemunculan Meizu 16T yang dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi di China pada 23 Oktober 2019 nanti.

Berdasarkan pendedahan awal spesifikasi Meizu 16T, ia dipercayai akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855, paparan skrin Super AMOLED berukuran 6.5 inci FHD+ (2232 x 1080 piksel), dan juga bateri berkapasiti 4400mAh. Berkemungkinan akan diperkenalkan dalam varian 6GB + 128GB dan 8GB + 256GB, Meizu 16T dikatakan menyokong tiga kamera beresolusi 12MP + 10MP + 5MP.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend