MediaTek Umum Cipset Helio G70 Khusus Untuk Telefon Pintar Gaming Versi Mampu Milik Comments Off on MediaTek Umum Cipset Helio G70 Khusus Untuk Telefon Pintar Gaming Versi Mampu Milik

MediaTek sejak kebelakangan ini dilihat semakin komited dalam memperkenalkan cipset baharunya dengan penawaran cipset yang memfokuskan pelbagai aspek berbeza. Ini dapat dilihat melalui pelancaran cipset siri Helio G90 telah diperkenalkan untuk peranti gaming, dan juga cipset Dimensity 1000 yang disasarkan untuk peranti 5G.

Menariknya baru-baru ini MediaTek telah mengumumkan pula kehadiran cipset Helio G70 yang diperkenalkan untuk telefon pintar gaming daripada kelas permulaan atau bajet. Berbeza dengan siri Helio G90, Helio G70 menyokong teras utama yang lebih rendah prestasinya iaitu ARM Cortex-A75 berbanding ARM Cortex-A76. Namun begitu kelajuan frekuensi dikekalkan sama iaitu 2.0GHz.

Manakala empat lagi teras ARM Cortex-A55 dikekalkan sama, tetapi kelajuan frekuensi telah dikurangkan kepada 1.7GHz. Dilengkapi dengan teknologi MediaTek HyperEngine Game, cipset Helio G70 berupaya memastikan pengalaman permainan yang lebih lancar dan berprestasi tinggi.

Helio G70 juga turut menyokong GPU Mali-G52 2EEMC2 @ 820MHz, storan jenis eMMC 5.1, RAM LPDDR4x sehingga 8GB, resolusi skrin maksimum sehingga FHD+ (2520 x 1080 piksel), sambungan Bluetooth 5.0, dan juga satu kamera 48MP ataupun dwi kamera 16MP + 16MP.

sumber

Baca juga:

Redmi 9 Dengan Helio G70 Dilaporkan Bakal Tiba Seawal Tahun Hadapan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend