MediaTek Sedang Membangunkan Cipset 7nm Dengan Sokongan Rangkaian 5G Comments Off on MediaTek Sedang Membangunkan Cipset 7nm Dengan Sokongan Rangkaian 5G

MediaTek bukanlah jenama yang gah jika dibandingkan dengan jenama popular seperti Qualcomm, Huawei dan juga Apple yang mana lebih awal tampil dengan cipset 7nm keluaran masing-masing. Namun begitu, sejak kebelakangan ini MediaTek dilihat lebih komited untuk tampil dengan cipset yang lebih berkuasa apabila ia dilaporkan sedang membangunkan cipset 7nm dengan sokongan rangkaian 5G.

MediaTek Helio P90 berasaskan cipset 12nm telahpun dilancarkan pada Disember 2018 yang lalu.

Melalui temu ramah antara Android Authority dengan Finbarr Moynihan selaku Naib Presiden Jualan Korporat dan Pembangunan Perniagaan MediaTek di Amerika dan Eropah, cipset 7nm ini akan dibangunkan khusus untuk digunakan pada peranti mercu di pasaran. Menurutnya lagi, cipset 7nm ini akan menjanjikan prestasi yang jauh lebih baik berbanding Helio P90 (12nm).

MediaTek telah memperkenalkan cip 5G pertamanya dengan kehadiran model Helio M70.

Bagi memenuhi keperluan sambungan Internet yang lebih laju, cipset 7nm ini akan turut menyokong rangkaian 5G melalui penggunaan cip modem M70 5G yang diperkenalkan hujung tahun lepas. Walau bagaimanapun, pihak MediaTek masih lagi belum mendedahkan bilakah cipset 7nm pertamanya ini akan diperkenalkan buat masa ini.

Baca juga:

MediaTek Helio P90 Dengan Prestasi AI Setanding Snapdragon 855 Dilancarkan Untuk Peranti Kelas Pertengahan

MediaTek Helio M70 Dengan Sokongan 5G Untuk Peranti Bajet Akan Diperkenalkan Awal Tahun 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend