MediaTek Helio P90 Dengan Prestasi AI Setanding Snapdragon 855 Dilancarkan Untuk Peranti Kelas Pertengahan Comments Off on MediaTek Helio P90 Dengan Prestasi AI Setanding Snapdragon 855 Dilancarkan Untuk Peranti Kelas Pertengahan

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, MediaTek hari ini telah melancarkan cipset mercu terbaharunya iaitu Helio P90 di dalam satu majlis rasmi yang diadakan di Beijing, China. Pelancaran ini dibuat selepas tidak sampai dua bulan MediaTek memperkenalkan cipset Helio P70 pada penghujung Oktober yang lepas.

Sama seperti Helio P70, Helio P90 turut dibangunkan berasaskan proses fabrikasi 12nm, tetapi ia menjanjikan prestasi CPU dan GPU yang jauh lebih baik. Cipset lapan teras yang disokong oleh Helio P90 terdiri daripada dua teras Cortex-A75 berkelajuan 2.2GHz, dan enam teras Cortex-A55 berkelajuan 2.0GHz. Manakala untuk grafiknya pula ia menawarkan GPU PowerVR GM9946.

Ia telah dibangunkan khusus untuk peranti kelas pertengahan dengan prestasi setanding peranti mercu, terutamanya dari aspek AI (Kecerdasan Buatan) yang menjanjikan prestasi empat kali lebih baik berbanding Helio P70 dan P60. Malah berdasarkan ujian penanda aras AI yang dijalankan, ia menawarkan prestasi lebih baik daripada Snapdragon 845 dan setanding dengan Snapdragon 855.

Helio P90 yang menyokong APU 2.0 (AI Processing Unit) dikatakan mampu memastikan prestasi yang lebih berkuasa jika dibandingkan dengan peranti kelas pertengahan yang lain. Ia juga berupaya menyokong sehingga 8GB RAM (LPDDRX), storan jenis UFS 2.1, dan juga paparan skrin bernisbah 21:9 dengan resolusi maksimum sehingga FHD+ (2520 x 1080 piksel).

MediaTek Helio P90 MediaTek Helio P70 MediaTek Helio P60
CPU 2x Cortex-A75 @ 2.2 GHz
6x Cortex-A55 @ 2.0 GHz
4x Cortex-A73 @ 2.1 GHz
4x Cortex-A53 @ 2.0 GHz
4x Cortex-A73 @ 2.0 GHz
4x Cortex-A53 @ 2.0 GHz
GPU PowerVR GM9446 @ 970 MHz Mali-G72 MP3 @ 900 MHz Mali-G72 MP3 @ 800 MHz
AI APU 2.0 @ 624 MHz
AI Accelerator
APU @ 525 MHz APU @ 525 MHz
Kamera Satu – 48MP
Dwi –  24MP + 16MP
Satu – 32MP
Dwi – 24MP + 16MP
Satu – 32MP
Dwi – 20MP + 16MP
Proses fabrikasi 12nm 12nm 12nm

Selain itu Helio P90 juga membolehkan telefon pintar yang dikuasakannya untuk menyokong satu kamera beresolusi sehingga 48MP ataupun dwi kamera beresolusi 24MP + 16MP. Aspek sambungan pula ia menyokong WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, modem 4G LTE Cat. 12/13, dwi 4G VoLTE, dan juga ViLTE (Video over LTE).

MediaTek Helio P90 dijangka akan mula digunakan pada telefon pintar menjelang suku pertama tahun 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend