[Kemas kini artikel] MediaTek Helio P70 Dengan Sokongan NPU Untuk Ciri AI Yang Lebih Baik Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi Comments Off on [Kemas kini artikel] MediaTek Helio P70 Dengan Sokongan NPU Untuk Ciri AI Yang Lebih Baik Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

[Kemas kini artikel]
MediaTek Helio P70 telah dilancarkan secara rasmi dan ia telah disahkan tidak menyokong NPU, sebaliknya menyokong APU (Artificial Intelligence Processing Unit) dengan bantuan MediaTek NeuroPilot bagi memastikan peningkatan prestasi AI sehingga 30% berbanding sebelum ini.

Apabila sebut sahaja tentang pemproses, Qualcomm sering menjadi pilihan pengguna disebabkan prestasi tinggi yang disokong oleh cipset ini. Namun begitu, pengeluar cipset yang berasal dari Taiwan iaitu MediaTek masih lagi tidak berputus asa apabila ia telah dilaporkan akan hadir dengan cipset terbaharunya tidak lama lagi.

Menurut maklumat yang diterima, Helio P70 akan masih menggunakan SoC 12nm dengan sokongan lapan teras sama seperti Helio P60. Malah ia juga akan turut mengekalkan kombinasi empat teras Cortex-A73s dan juga empat teras Cortex-A53s, yang buat masa ini masih tidak didedahkan kelajuan frekuensinya.

Prestasi MediaTek Helio P70 yang pernah didedahkan pada awal tahun lalu memperlihatkan skor AnTuTu yang lebih baik berbanding Qualcomm Snapdragon 660.

Jika Helio P60 dibangunkan berasaskan APU (AI Processing Unit), Helio P70 pula bakal menjanjikan ciri AI yang lebih baik kerana bakal menggunakan NPU (Neural Processing Unit). Berdasarkan daripada maklumat yang diterima, MediaTek Helio P70 mungkin akan diumumkan pada penghujung Oktober nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend