MediaTek Helio P22 Berasaskan Proses 12nm Dilancarkan Dengan Sokongan AI Untuk Peranti Kelas Pertengahan Comments Off on MediaTek Helio P22 Berasaskan Proses 12nm Dilancarkan Dengan Sokongan AI Untuk Peranti Kelas Pertengahan

MediaTek buat pertama kalinya telah melancarkan pemproses kelas pertengahan keluarannya yang berasaskan proses 12nm dengan Helio P22. Kehadirannya secara tidak langsung telah memperluaskan lagi siri Helio P yang menjanjikan ciri-ciri terbaik untuk memenuhi permintaan terhadap peranti dari kelas pertengahan di pasaran.

MediaTek Helio P22 yang tampil dengan lapan teras Cortex-A53 pada kelajuan 2.0GHz ini turut menyokong ekosistem AI (Kecerdasan Buatan) yang dikenali sebagai NeuroPilot. Cip pemproses ini turut dilengkapi dengan sokongan dua kad SIM berkelajuan 4G LTE dan juga sambungan Internet yang lebih pantas dengan protokol 802.11 ac.

Bagi memastikan ciri-ciri terbaik pada sebuah peranti kelas pertengahan, Helio P22 ini juga berupaya menyokong keupayaan penggambaran dwi kamera beresolusi 13 Megapiksel + 8 Megapiksel dengan kelajuan sehingga 30 fps. Dari segi paparan pula, ia mampu menyokong nisbah paparan sehingga 20:9 dengan resolusi HD+ (1600 x 720 piksel).

Menurut MediaTek, pemproses ini masih lagi dalam peringkat pembuatan dan ia akan mula diperkenalkan pada telefon pintar kelas pertengahan bermula suku kedua 2018 nanti.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend