MediaTek Helio M70 Dengan Sokongan 5G Untuk Peranti Bajet Akan Diperkenalkan Awal Tahun 2019 0 212

MediaTek baru sahaja melancarkan cipset terbaharunya iaitu Helio P70 yang menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 13% lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Baru-baru ini ada pula laporan yang mendedahkan bahawa MediaTek akan mengikuti jejak langkah Qualcomm untuk memperkenalkan cipset dengan sokongan rangkaian 5G menjelang awal tahun 2019 nanti. Sungguhpun begitu, pengeluar cipset dari Taiwan ini telah mengambil pendekatan yang sedikit berbeza dengan memperkenalkan pada cipset yang disasarkan untuk peranti bajet.

Sama seperti cip modem 5G pada Snapdragon X50, Helio M70 akan menyokong cip modem 5G berasingan yang akan terbina-dalam pada cipset 7nm daripada TSMC. Buat masa ini MediaTek Helio M70 ini masih lagi dalam peringkat pembuatan dan dijangka akan hanya dikomersialkan pada penghujung tahun ini.

 

Baca juga:

MediaTek Akan Membekal Modem 5G Untuk iPhone Mengenepikan Intel

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend