MediaTek Akan Perkenal Cip 5G Khusus Untuk Telefon Pintar Kelas Pertengahan Pada Tahun 2020 Comments Off on MediaTek Akan Perkenal Cip 5G Khusus Untuk Telefon Pintar Kelas Pertengahan Pada Tahun 2020

Pengeluar cipset MediaTek sebelum ini telahpun memperkenalkan cip 5G 7nm pertamanya iaitu Helio M70 yang disasarkan untuk telefon pintar mercu keluaran OPPO dan juga Vivo. Menariknya MediaTek baru-baru ini dilaporkan telah merancang untuk menawarkan cip 5G untuk telefon pintar kelas pertengahan yang akan diperkenalkan menjelang tahun depan.

Menurut portal mydriver, MediaTek akan memperkenalkan cip 5G keduanya iaitu MT6873 menjelang pertengahan tahun 2020 nanti. Dengan menggunakan kejuruteraan binaan yang sama seperti MT6885 (Helio M70) saiz cip ini dipercayai akan dikurangkan sebanyak 25% dan kos pembuatannya juga jauh lebih murah.

MediaTek sebelum ini telah mengumumkan cip 5G pertamanya iaitu Helio M70 yang dibangunkan berasaskan teknologi 7nm.

Cip 5G MT6873 ini dijangka akan ditawarkan dalam kuantiti sekitar 40 hingga 50 juta unit menjelang tahun depan, dan ia berkemungkinan besar akan digunakan pada telefon pintar 5G kelas pertengahan keluaran OPPO, Vivo, HUAWEI dan sebagainya.

sumber

Baca juga:

MediaTek Helio M70 Diumumkan Dengan Modem 5G, Bakal Digunakan Seawal Tahun Hadapan

Xiaomi Dikatakan Akan Memperkenalkan 10 Model Telefon Pintar 5G Pada Tahun Depan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend