MediaTek Akan Membekal Modem 5G Untuk iPhone Mengenepikan Intel 0 285

MediaTek yang merupakan salah sebuah syarikat pengeluar cip untuk telefon pintar dikhabarkan bakal membekal cip modem 5G untuk kegunaan iPhone tidak lama lagi.

Cakap-cakap sebelum ini mengatakan iPhone tidak akan menggunakan cip modem daripada Qualcomm sebaliknya akan memilih MediaTek ataupun Intel.

Bagaimanapun, beberapa hari lepas Bloomberg telah memberitahu Apple mungkin akan melantik Intel sebagai pembekal modem yang kedua sekaligus menjadikan MediaTek sebagai pembekal modem utama. Modem 5G yang dinamakan Helio M70 daripada MediaTek dibina diatas cip sebesar 7nm mampu beroperasi pantas mencecah 5Gbps dan dijangkan akan mula dihantar bermula tahun hadapan.

Teknologi rangkaian 5G dikatakan bakal dikomersialkan bermula tahun 2019, namun untuk iPhone seperti biasa ia akan dilewatkan sehingga tahun 2020.

Berikutan hubungan yang tidak baik melalui kerjasama Apple dan Qualcomm, kini Qualcomm tidak lagi dilihat cuba memonopoli industri cip telefon pintar di dunia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend