MediaTek Akan Melancarkan Secara Rasmi Cipset ‘Gaming’ Helio G90 Pada 30 Julai 2019 Comments Off on MediaTek Akan Melancarkan Secara Rasmi Cipset ‘Gaming’ Helio G90 Pada 30 Julai 2019

Di awal kemunculan MediaTek, rata-rata daripada pengguna dilihat kurang berpuas hati dengan cipset yang dihasilkan kerana ia dikatakan berhadapan dengan isu panas melampau dan juga prestasi yang kurang berkuasa. Tetapi sejak kebelakangan ini MediaTek dilihat semakin komited dalam menghasilkan cipset yang lebih baik di pasaran.

Seperti imej acah yang telah dikongsikan oleh MediaTek, mereka akan hadir dengan cipset khas yang dikhususkan untuk digunakan pada telefon pintar gaming dengan penawaran cipset Helio G90. Melalui perkongsian terbaharu, MediaTek telah mengesahkan akan melancarkan cipset gaming ini pada 30 Julai 2019 nanti.

Dikatakan akan bersaing dengan cipset Snapdragon 855 Plus, Helio G90 sebelum ini dipercayai akan mengekalkan binaan SoC berasaskan daripada cipset mercunya iaitu Helio P90. Namun begitu buat masa ini ia masih lagi khabar angin yang tidak dapat disahkan kesahihannya.

Baca juga:

MediaTek Mengacah Cipset Helio G90, Khusus Untuk Peranti Gaming

MediaTek Helio P90 Dengan Prestasi AI Setanding Snapdragon 855 Dilancarkan Untuk Peranti Kelas Pertengahan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend