MCMC Memandang Serius Penjualan Kotak TV Android Yang Tidak Diperakui Oleh SIRIM Di Negara Ini Comments Off on MCMC Memandang Serius Penjualan Kotak TV Android Yang Tidak Diperakui Oleh SIRIM Di Negara Ini 487

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui kenyataan rasminya baru-baru ini telah menegaskan akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang memiliki dan menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui. Tindakan ini diambil bagi mengatasi pelbagai masalah seperti gangguan frekuensi kepada rangkaian komunikasi serta menjejaskan kualiti perkhidmatan.

Baru-baru ini LC Marketing Network Media Sdn Bhd telah didenda sebanyak RM15,000 dan dua pengarahnya masing-masing telah didenda sebanyak RM10,000. Tindakan saman itu telah dikenakan selepas mereka telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 79 unit kotak TV Android pelbagai jenama untuk dijual di Digital Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Contoh kotak TV Android yang tidak diperakui oleh SIRIM.

Pertuduhan dibuat di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dan Seksyen 244 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Malah MCMC turut menyeru orang ramai agar membeli dan menggunakan kelengkapan komunikasi yang mendapat kelulusan daripada SIRIM. Malah pemeriksaan kelengkapan komunikasi yang sah dan diperakui ini juga boleh diperiksa menggunakan aplikasi mudah alih¬†Check Your Label’ atau layari laman sesawang https://ecomm.sirim.my.

sumber

Muat turun aplikasi ‘Check Your Label’:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend