Maxis Umum Pelan Jalur Lebar Pantas Tanpa Had Pada Harga Munasabah – RM89 Untuk 30Mbps Comments Off on Maxis Umum Pelan Jalur Lebar Pantas Tanpa Had Pada Harga Munasabah – RM89 Untuk 30Mbps

Menyedari permintaan orang ramai yang inginkan pelan jalur lebar pada harga lebih rendah, Maxis hari ini tampil dengan pelan terbaharu mereka menawarkan MaxisONE Fibre Home pada harga serendah RM89 sebulan. Sementara untuk kelajuan maksimum 100Mbps, ia ditawarkan pada harga RM129 sebulan.

Dua pilihan yang diberikan ialah:

Melihat pada jadual di atas, kedua-dua pelan tidak mengenakan had kouta kepada pengguna. Ia tidak seperti pelan TM Unifi Basic yang diperkenalkan bulan lalu yang hanya mengehadkan penggunaan kepada 60GB sebulan. Selain daripada itu, pelan panggilan juga boleh dilanggan dengan bayaran tambahan RM10 sebulan sementara untuk 100Mbps tiada cas dikenakan.

Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar dahulu di laman sesawang Maxis bermula hari ini. Pemasangan ke premis pelanggan akan mula pada 13 September 2018.

Daftar: MaxisONE Fibre Home

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend