Maxis Akan Lakukan Naik Taraf Sistem Fasa Kedua Untuk Rangkaian Prabayar Hotlink Pada 7 Mei 2019 Comments Off on Maxis Akan Lakukan Naik Taraf Sistem Fasa Kedua Untuk Rangkaian Prabayar Hotlink Pada 7 Mei 2019

Bagi memastikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik, Maxis telah mengumumkan untuk melakukan proses naik taraf sistem fasa kedua yang akan dilaksakan pada 7 Mei 2019 ini. Bermula jam 12.30 pagi pada 7 Mei 2019 hingga 6.30 pagi pada 8 Mei 2019 nanti, pelanggan prabayar Hotlink tidak boleh menggunakan perkhidmatan transaksi terpilih.

Pelanggan prayabar Hotlink akan menerima satu teks pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan untuk membuat pembelian pas Internet dan juga tambah nilai lebih awal dari tarikh yang dinyatakan, kerana kedua-dua perkhidmatan itu tidak boleh digunakan sepanjang proses naik taraf dijalankan.

Akses ke aplikasi mudah alih Hotlink RED juga akan disekat buat sementara waktu, sehinggalah proses naik taraf sistem selesai dilaksanakan.

Sepanjang proses naik taraf berlangsung, pelanggan prayabar Hotlink masih boleh terus menggunakan perkhidmatan panggilan, menghantar/menerima SMS, dan juga melayari Internet seperti biasa. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://www.hotlink.com.my/

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend