Malaysia Menerima Alcatel 5V Dan Dua Peranti Lagi Pada Harga Bermula RM298 Comments Off on Malaysia Menerima Alcatel 5V Dan Dua Peranti Lagi Pada Harga Bermula RM298

TCL Communication hari ini membuat kemunculan semula di Malaysia dengan melancarkan Alcatel 5V, Alcatel 3L, dan Alcatel 1 yang kesemuanya dijual pada harga dibawah RM1,000. Imej tumpu pada acara kali ini ialah kepada Alcatel 5V yang dilihat sebagai sebuah peranti induk untukt tahun ini.

Alcatel 5V hadir dengan paparan 6.2-inci FullView Display yang pertama dibina oleh TCL sendiri. Nilai nisbah skrin-ke-kerangka yang mencecah sehingga 88% menjadikan ia sebuah peranti bertakuk 19:9 dengan resolusi HD+. Pemproses pula, ia dijana MediaTek MT6762 dan jangan memandang rendah kerana pemproses ini menyokong AI untuk dwi kamera 12MP + 2MP di belakang. Ia mampu mengesan 11 situasi seperti potret, malam, makanan, kucing, anjing, bunga, tumbuhan, teks, pantai, langit, dan HDR.

Kerangka badan Alcatel 5V dibina dengan gelas 2.5D dan pada takuk depan ia menggunakan kamera 8MP yang juga berfungsi sebagai pengecaman wajah Face Key. Peranti dengan bateri 4,000mAh ini dijual pada harga RM898 untuk varian 3GB + 32GB. Dua peranti yang selebihnya iaitu Alcatel 3L dan Alcatel 1 masing-masing dijual pada harga RM498 dan RM298 (sebelum SST).

Spesifikasi

Alcatel 5V

  • Android Oreo
  • MediaTek MT6762 lapan-teras
  • 6.2″ HD+ 1500 x 720p
  • 3GB + 32GB
  • 4,000mAh
  • 12MP + 2MP AI
  • 8MP Beauty
  • Slot hibrid, bicu audio, Radio FM, 4G LTE Cat.4
  • RM898
  • Spectrum Black, Spectrum Blue

Alcatel 3L

  • Android Oreo
  • MediaTek MT6739 empat-teras
  • 5.5″ HD+ 1440 x 720p
  • 2GB + 16GB
  • 3,000mAh
  • 13MP f/2.0 PDAF
  • 5MP f/2.4
  • Slot hibrid , Radio FM, Face Key, 4G LTE Cat.4
  • RM498
  • Metallic Black, Metallic Blue

Alcatel 1

  • Android Oreo (Go Edition)
  • MediaTek MT6739 empat-teras
  • 5.0″ HD 960 x 480p
  • 1GB + 8GB
  • 2,000mAh
  • 5MP LED flash
  • 2MP LCD flash
  • Slot hibrid , Radio FM, bicu audio, Bluetooth v4.2
  • Soft Suede Collection
  • RM298
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend