Malaysia Akan Menggunakan Teknologi Huawei Sebanyak Mungkin – Tun M Comments Off on Malaysia Akan Menggunakan Teknologi Huawei Sebanyak Mungkin – Tun M

Setelah Donald Trump meletakkan Huawei dibawah senarai hitam, hampir seluruh syarikat di A.S telah memutuskan hubungan perniagaan dengan syarikat gergasi China tersebut. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada pertumbuhan teknologi dan membantutkan ekonomi selain pengguna turut menjadi mangsa.

Terbaru, dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia di persidangan tahunan The Future of Asia anjuran Nikkei, Tun M memberitahu bahawa Malaysia akan menggunakan teknologi daripada Huawei seberapa banyak yang mungkin. Beliau turut menyatakan kajian Huawei jauh lebih baik daripada kemampuan Malaysia itu sendiri.

Beliau menambah, A.S perlu menerima keputusan yang mana teknologi diusahakan oleh mereka kini boleh ditemui di Asia. Beliau mengingatkan Malaysia tidak mempedulikan tuduhan intipan dilakukan oleh Huawei kerana Malaysia merupakan negara yang terbuka.

sumber

Baca juga:

Huawei Memfailkan Tindakan Undang-Undang Terhadap Amerika Syarikat Berikutan Isu Sekatan Perdagangan

Huawei Kembali Tersenarai Sebagai Ahli Di Dalam SD Association, Selepas Disingkirkan Sebelum Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend