Main Game Tanpa Perlu Download Dari Play Store Comments Off on Main Game Tanpa Perlu Download Dari Play Store

Google membentangkan sesuatu yang sangat menarik pada perhimpunan Game Developers Conference yang berlangsung di San Francisco.

Pada persidangan ini, Google mengumumkan perkhidmatan baru yang bakal memudahkan pengguna Android untuk mencuba permainan baru melalui Google Play Instant. Pada kebiasaannya apabila anda ingin mencuba permainan Android baru, anda mesti memuat turun dan memasang aplikasinya. Dan jika permainan yang dimuat turun adalah berbayar, anda mempunyai 15 minit (kadang-kadang lebih lama, bergantung kepada aplikasinya) untuk menyahpasang aplikasi dan mendapatkan wang anda kembali.


Tetapi sekarang, dengan Google Play Instant, anda boleh mencuba permainan tanpa memuat turun aplikasi. Beberapa permainan yang tersedia untuk mencuba sekarang melalui Google Play Instant adalah Clash Royale, Words with Friends 2, dan Bubble Witch 3 Saga. Ketika ini, senarai permainan di dalam kategori ini amat terhad kerana Google belum membuka lagi akses fungsi ini sepenuhnya kepada pembina permainan.

Satu fungsi yang kami rasa sangat cool dan menarik kerana ia amat mesra pengguna di mana kita tidak perlu lagi membazir ruangan stor di dalam peranti di samping mencuba dahulu permainan berbayar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend