Mahkamah AS Telah Mengeluarkan Sapina Terhadap Kerajaan Di Negara Itu Berhubung Saman Daripada Huawei Comments Off on Mahkamah AS Telah Mengeluarkan Sapina Terhadap Kerajaan Di Negara Itu Berhubung Saman Daripada Huawei

Pada minggu lepas Huawei telah dilaporkan telahpun membuat persidangan media yang rasmi di Shenzhen, China, berikutan saman yang akan difailkan terhadap kerajaan AS (Amerika Syarikat). Tindakan undang-undang ini telah diambil oleh Huawei selepas kerajaan AS dilihat telah menyekat dan mendesak negara sekutunya untuk menyekat produk keluaran Huawei tanpa sebarang bukti.

Kini Mahkamah Daerah Persekutuan AS untuk Daerah Timur Texas telah memfailkan sapina (satu dokumen sah yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi mendapatkan keterangan rasmi di mahkamah). Menurut laporan yang dibuat, kerajaan AS perlu memberi maklum balas dalam tempoh 60 hari selepas menerima sapina, dan jika gagal berbuat demikian ia akan dikira sebagai kalah secara automatik.

Sebenarnya kemelut antara Huawei dan tampuk pemerintahan Donald Trump telah berlarutan sejak sekian lama kerana AS telah menuduh Huawei sebagai satu ancaman keselamatan siber. Memburukkan lagi keadaan, kerajaan AS juga cuba menghalang Huawei daripada mengambil bahagian dalam pembinaan infrastruktur 5G di negara lain tanpa sebarang bukti bagi mengukuhkan tindakannya itu.

Baca juga:

Huawei Menyaman Kerajaan Donald Trump Kerana Menyekat Jualan Peralatan Telekomunikasi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend