Lokasi Pelancaran realme X50 Pro 5G Ditukar Gara-gara Pembatalan MWC 2020 Comments Off on Lokasi Pelancaran realme X50 Pro 5G Ditukar Gara-gara Pembatalan MWC 2020

GSMA telah membatalkan acara MWC 2020 berikutan ancaman wabak penyakit berjangkit COVID-19 yang sedang melanda dunia. Pengumuman telah dibuat semalam selepas mendapati acara itu adalah mustahil untuk diadakan pada ketika ini.

Jika acara itu berlangsung, realme antara syarikat yang akan menyertai pameran tersebut. Mereka difahamkan mahu melancarkan realme X50 Pro 5G kepada umum namun terpaksa mengubah rancangan pada saat-saat akhir.

realme X50 Pro bagaimanapun akan diperkenalkan melalui atas talian secara global di Madrid pada 24 Feb ini, waktu tempatan. Tambah mereka, pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat malah mengharapkan kesabaran daripada semua pihak.

realme X50 Pro 5G dipercayai akan membawakan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart, cip pemproses Qualcomm Snapdragon 865, dwi mod 5G, paparan FHD+, berserta sokongan skrin 120Hz.

Baca: realme X50 5G Kini Rasmi Dengan Paparan 120Hz, Snapdragon 765G, realme UI

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend