Logo Di Apple Store Kini Bertukar Ke Warna Merah Sempena Meraikan Hari AIDS Sedunia Pada 1 Disember Comments Off on Logo Di Apple Store Kini Bertukar Ke Warna Merah Sempena Meraikan Hari AIDS Sedunia Pada 1 Disember

Sambutan Hari AIDS Sedunia telah disambut pada 1 Disember pada setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai penyakit AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV.

Seperti yang diketahui, Apple sememangnya komited dalam usaha membantu untuk merawat HIV dan AIDS melalui program dana dengan penawaran produk (RED). Bersempena sambutan tersebut, Apple dilihat telah menukarkan warna logonya di Apple Store yang terletak di negara seperti Jepun dan Australia ke warna merah.

Dalam usaha berterusan itu, Apple dengan kerjasama bersama (RED) turut memperkenalkan beberapa cerita di App Store dan judul pertama yang diperkenalkan adalah ‘Choose (RED). Give Life.’. Setiap pembelian yang dibuat akan disumbangkan sebagai dana untuk merawat dan mencegah penyakit ini.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend