Logitech Umum Ketersediaan Empat Pilihan Tetikus Logitech M238 Marvel Collection Pada Harga RM89 Comments Off on Logitech Umum Ketersediaan Empat Pilihan Tetikus Logitech M238 Marvel Collection Pada Harga RM89

Baru-baru ini Logitech Malaysia telah mengumumkan koleksi 2018 Logitech M238 Marvel Wireless Collection, iaitu koleksi tetikus terbaharu yang menampilkan rekaan eksklusif karakter adiwira sama ada Captaion America, Iron Man, Black Panther atau Spiderman.

Melalui rekaan kompak yang ringan, tetikus daripada koleksi Marvel ini berupaya bertahan sehingga 12 bulan dengan sokongan sebiji bateri pra-pasang yang diberikan sekali dengan pakej pembelian. Tetikus tanpa wayar eksklusif ini akan turut disediakan dengan penerima USB yang menjanjikan capaian tanpa wayar sehingga 10 meter.

Logitech M238 Marvel Collection kini sudah boleh dimiliki di semua penjual Logitech yang sah di seluruh Malaysia pada harga RM89. Untuk maklumat lanjut, sila layari Logitech.com.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend