Logitech M238 Fan Collection Wireless Mouse Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 12 Bulan Dijual Pada Harga RM69 Comments Off on Logitech M238 Fan Collection Wireless Mouse Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 12 Bulan Dijual Pada Harga RM69

Bersempena Piala Dunia FIFA  yang akan berlangsung dari 14 Jun sehingga 15 Julai 2018 nanti, Logitech ingin meraikan semangat dan sokongan anda dengan memperkenalkan koleksi tetikus terbaru keluarannya.

Logitech M238 Fan Collection Wireless Mouse ini menampilkan rekaan kompak dengan sentuhan corak bendera berasaskan negara yang bertanding dalam perlawanan bola sepak bertaraf dunia termasuklah Jerman,Sepanyol, England, Perancis, Argentina ataupun Brazil. Aksesori terbaru keluaran Logitech ini boleh digunakan pada sistem operasi Windows, Mac, Chrome OS dan juga Linux.

Dengan harga jualan hanya RM69, Logitech M238 Fan Collection Wireless Mouse berupaya digunakan untuk tempoh yang sangat lama iaitu mencecah sehingga 12 bulan dengan hanya satu bateri pra-pasang yang diberikan dalam pakej pembelian. Ia turut ditawarkan dengan jaminan waranti selama 1 tahun.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend