Logitech Lancar Pengecas Tanpa Wayar Pertama Keluarannya Untuk iPhone – ‘POWERED for iPhone’ Comments Off on Logitech Lancar Pengecas Tanpa Wayar Pertama Keluarannya Untuk iPhone – ‘POWERED for iPhone’ 552

Logitech hari ini telah mengumumkan aksesori terbarunya yang disasarkan untuk pemilik iPhone dengan penawaran pengecas tanpa wayar yang dikenali sebagai ‘POWERED for iPhone’. Berbeza dengan kebanyakan aksesori pengecas tanpa wayar sedia ada di pasaran, POWERED for iPhone boleh mengecas iPhone dalam mod ‘berdiri’ dan peranti tidak perlu dibaringkan di atas pad untuk proses mengecas diaktifkan.

Pengecas tanpa wayar pertama dari Logitech yang telah direka khusus untuk iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X ini juga membolehkan aktiviti seperti membuat panggilan FaceTime ataupun menonton video diteruskan walaupun peranti sedang dicas. Lebih menariknya, rekaan unik pada stand, membolehkan iPhone anda diletakkan secara menegak atau mendatar tanpa masalah.

POWERED for iPhone boleh digunakan dalam mod menegak ataupun melintang.

Pra-tempah POWERED for iPhone yang menyokong output pengecasan sehingga 7.5W ini sudahpun boleh dibuat melalui laman rasmi Logitech bermula hari ini, dan ia akan dijual pada harga USD79.99 (kira-kira RM326).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend