Logitech G560 PC Gaming Speaker Dan G512 Mechanical Gaming Keyboard Akan Dijual Pada Harga Bermula RM579 Comments Off on Logitech G560 PC Gaming Speaker Dan G512 Mechanical Gaming Keyboard Akan Dijual Pada Harga Bermula RM579

Bagi memperluaskan lagi aksesori berprestasi tinggi dan juga sebagai pelengkap untuk gaming mouse dengan jualan terbaik di dunia iaitu model G502 sebelum ini, Logitech telah mengumumkan kehadiran dua lagi aksesori terbarunya untuk pengguna di Malaysia.

Menurut KP Sim selaku Pengurus Negara Logitech bagi Singapura, Malaysia dan Filipina, sokongan teknologi LIGHTSYNC yang terdapat pada Logitech G502 Proteus Spectrum RGB Tunable Gaming Mouse, Logitech G512 Mechanical Gaming Keyboard dan juga Logitech G560 PC Gaming Speaker berupaya melengkapkan pengalaman permainan kerana bunyi audio yang dihasilkan akan di synchronizing dengan pencahayaan lampu RGB pada ketiga-tiga produk tersebut.

Logitech G560 PC Gaming Speaker – RM999

Speaker Logitech G560 menawarkan kekuatan bunyi 240 Watts Peak/120 Watts RMS bagi memastikan bunyi optimum untuk muzik atau permainan. Malah ia juga turut dilengkapi ciri audio 3D dengan DTS:X Ultra 1.0 untuk bunyi audio yang lebih efisien untuk permainan. Dengan sokongan efek lampu beranimasi sehingga 16.8 juta warna, Logitech G560 ini juga menyokong cara sambungan yang lebih pelbagai termasuklah USB, 3.5mm audio jack dan juga Bluetooth.

Logitech G512 Mechanical Gaming Keyboard – RM579

Papan kekunci Logitech G512 yang hadir dengan pencahayaan RGB serta teknologi LIGHTSYNC ini pula menawarkan penukaran butang mekanikal Romer-G yang eksklusif untuk Logitech G iaitu Romer-G Tactile dan juga Romer-G Linear. Selain memberikan respons sentuhan yang baik, penukaran butang mekanikal ini adalah 25% jauh lebih pantas berbanding pesaingnya yang lain. Logitech G512 diperbuat daripada aluminium 5052 dengan gred pesawat yang nipis dan premium bagi memastikan ketahanan yang lebih baik.

Logitech G560 PC Gaming Speaker dan Logitech G512 Mechanical Gaming Keyboard dijangka akan dijual di Malaysia mulai Mei 2018 dengan harga masing-masing RM999 dan RM579. Untuk maklumat lanjut, sila laman rasmi Logitech, blog Logitech, ataupun Twitter LogitechG.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend