Liputan Rangkaian 4G U Mobile Di Seluruh Negeri Perak Telah Dinaik Taraf Sehingga 168% Comments Off on Liputan Rangkaian 4G U Mobile Di Seluruh Negeri Perak Telah Dinaik Taraf Sehingga 168% 276

Tidak dinafikan lagi bahawa pemilihan telco yang akan digunakan oleh setiap individu sebenarnya merupakan salah satu daripada keputusan yang perlu dibuat dengan lebih tepat. Ini kerana selain harga pelan yang murah, faktor paling utama yang perlu diberi perhatian adalah liputan rangkaiannya.

Jadi bagi memastikan liputan rangkaian yang lebih meluas dan laju, U Mobile melalui laman Twitter miliknya telah mengumumkan bahawa liputan rangkaian 4G di seluruh negeri Perak telah diperbaharui dan dinaik taraf sehingga 168%. Dengan naik taraf liputan rangkaian 4G yang diperluaskan ke bandar-bandar utama di negeri itu, U Mobile berjanji akan terus memberikan yang terbaik kepada pelanggannya.

Liputan rangkaian 4G U Mobile di negeri Perak:

Kawasan yang memiliki tompok berwarna merupakan liputan rangkaian 4G untuk seluruh negeri Perak.

Anda boleh memeriksa liputan rangkaian 3G dan 4G daripada U Mobile melalui laman rasmi U Mobile.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend