Lindungi Siri Samsung Galaxy S10 Daripada Ketinggian 2 Meter Dengan LifeProof NËXT dan FRĒ Comments Off on Lindungi Siri Samsung Galaxy S10 Daripada Ketinggian 2 Meter Dengan LifeProof NËXT dan FRĒ

Siri Samsung Galaxy S10 sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada 21 Februari yang lalu, dan mula dijual di seluruh negara pada 8 Mac 2019. Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+, masing-masing ditawarkan dengan tanda harga bermula daripada RM2,699 hingga RM4,599.

Jika anda sedang mencari sarung pelindung yang praktikal dalam menjanjikan ketahanan optimum dalam rekaan yang premium, LifeProof kini mengumumkan penawaran dua koleksi baharunya khusus untuk siri Galaxy S10 iaitu NËXT dan juga FRĒ.

LifeProof NËXT hadir dalam rekaan yang mampu bertahan daripada habuk, debu, dan juga salji. Malah ia juga berupaya melindungi peranti apabila terjatuh daripada ketinggian 2 meter, manakala permukaan sisi tepinya yang timbul memastikan perlindungan yang lebih baik untuk skrin apabila terjatuh.

Rekaan dua bahagian pada LifeProof Fre untuk siri Galaxy S10.

LifeProof FRĒ pula memiliki sentuhan klasik dengan perlindungan optimum dalam rekaan dua bahagian yang direka bagi membolehkannya digunakan di dalam air pada kedalaman 2 meter selama satu (1) jam. Ditawarkan dalam enam pilihan warna berbeza, ia juga mampu memberi perlindungan terhadap debu, salji dan juga terjatuh daripada ketinggian 2 meter.

Harga LifeProof NËXT untuk siri Galaxy S10:

  • Galaxy S10e → RM259
  • Galaxy S10 → RM259
  • Galaxy S10+ → RM299

Harga LifeProof FRĒ untuk siri Galaxy S10:

  • Galaxy S10 → RM329
  • Galaxy S10+ → RM359

Baca juga:

OtterBox Mula Menawarkan Sejumlah Sarung Untuk Siri Galaxy S10 Pada Harga Bermula RM129

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend