Light Bercadang Untuk Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Sokongan 5 Hingga 9 Kamera Pada Penghujung Tahun 2018 Comments Off on Light Bercadang Untuk Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Sokongan 5 Hingga 9 Kamera Pada Penghujung Tahun 2018

Mungkin ramai di antara pembaca di luar sana yang masih asing dengan jenama Light. Namun begitu, anda pastinya kagum kerana pengeluar yang kurang popular ini sebenarnya pernah menggemparkan dunia fotografi apabila telah memperkenalkan kamera dengan sokongan 16 sensor berbeza dengan kehadiran model Light L16.

Kehadiran kamera Light L16 di pasaran sebelum ini sememangnya unik kerana ia hadir dengan sokongan 16 lensa kamera berasingan.

Baru-baru ini Light sekali lagi akan tampil dengan satu lagi idea ‘gila’ apabila dilaporkan bakal memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan 5 hingga 9 kamera berasingan pada penghujung tahun 2018 nanti. Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh WashingtonPost, pengeluar Light baru-baru ini telah mendedahkan unit prototaip yang boleh berfungsi.

Prototaip telefon pintar konsep keluaran Light ini dilaporkan menyokong 4 lensa 56mm (f/2.6) dan 5 lensa 28mm (f/2.0). Ia juga didakwa mampu menghasilkan gambar beresolusi 64 Megapiksel, prestasi penggambaran low-light yang sangat baik dan juga berupaya menjanjikan efek bokeh yang lebih sofistikated.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend