LG V60 ThinQ Dengan Sokongan 5G Dan Dwi-Skrin Dipertingkat Akan Diperkenalkan Di MWC 2020 Comments Off on LG V60 ThinQ Dengan Sokongan 5G Dan Dwi-Skrin Dipertingkat Akan Diperkenalkan Di MWC 2020

Persidangan Mudah Alih Dunia, MWC 2019 yang lalu telah disertai oleh LG Electronics dan pada acara tersebut LG V50 ThinQ 5G telah dipamerkan kepada umum. Setelah 10 bulan sejak ia diperkenalkan, peranti ini masih belum menembusi kebanyakan pasaran termasuklah di Malaysia.

Kini, generasi kedua telahpun membuat kemunculan pertamanya menerusi beberapa naik taraf seperti dwi-skrin dipertingkat dengan sokongan 5G lebih baik. Menurut GSMArena, aksesori seperti dwi-skrin bakal menawarkan pengalaman pengguna lebih cemerlang selain peranti juga dikatakan akan diperkasa cip pemproses terbaru Snapdragon 865. Namun begitu, butiran lain tidak didedahkan.

LG V50 ThinQ 5G (Gambar: GSMArena)

LG V50 ThinQ 5G akan dipamerkan kepada orang ramai di MWC 2020 pada penghujung bulan Februari depan. Untuk pengetahuan anda, MWC 2020 akan berlangsung di lokasi yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu di Barcelona, Sepanyol.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend