LG V60 ThinQ 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 865, Dwiskrin, Bateri 5000mAh Comments Off on LG V60 ThinQ 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 865, Dwiskrin, Bateri 5000mAh

LG V60 ThinQ 5G kini telah rasmi dengan spesifikasi tinggi dan menjadi peranti pertama LG yang menggunakan Snapdragon 865.

V60 ThinQ 5G hadir dengan paparan OLED 6.8-inci Cinematic FullVision FHD+ bernisbah 20.5:9 yang turut menempatkan kamera depan 10MP pada takuk titisan air. Pada skrin terdapat pengimbas cap jari dan permukaannya dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5.

Di belakang, walaupun peranti ini menawarkan bonjol kamera seakan Galaxy S10 tetapi konfigurasinya adalah berbeza. V60 ThinQ 5G dilengkapi kamera utama 64MP dengan OIS, kamera kedua iaitu ultralebar 13MP, dan lensa ToF untuk kedalaman. Dengan teknologi terkini, kamera ini berupaya mengambil gambar dalam gelap yang boleh dilaras oleh pengguna selain menyokong rakaman video 8K.

Peranti baharu ini dipadankan memori 8GB RAM dan 128GB storan yang membawakan dulang hibrid untuk kad microSD atau SIM kedua. Seperti model terdahulu, telefon ini kalis kepada air dan debu IP68 dan diiktiraf MIL-STD 810G.

Melengkapkan telefon, LG telah mengisi bateri sebesar 5000mAh disokong Quick Charge 4+ dan pengecasan tanpa wayar serta sambungan WiFi 6. Disamping itu, terdapat sistem pembesar suara stereo, kuadmikrofon, dan butang dedikasi Google Assistant.

Terakhir sekali, V60 ThinQ 5G menyokong sambungan modular dwiskrin. Skrin kedua ini memiliki saiz yang sama seperti skrin utama, begitu juga resolusinya. Diluar pula hadir dengan skrin kecil untuk notifikasi manakala engsel di bahagian tepi membolehkan dwiskrin dilipat serupa seperti sarung telefon pakcik-pakcik di kedai kopi yang sedang asyik menatal Facebook.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend