LG V40 ThinQ Dengan Sokongan Lima Kamera Dipercayai Akan Dilancarkan Pada Awal Oktober 2018 Comments Off on LG V40 ThinQ Dengan Sokongan Lima Kamera Dipercayai Akan Dilancarkan Pada Awal Oktober 2018

Sebelum ini model LG V40 ThinQ telah dijangkakan akan didedahkan secara rasmi kepada umum di dalam acara IFA 2018 yang akan berlangsung antara 31 Ogos hingga 5 September 2018 nanti, sama seperti LG V30 sebelum ini. Tetapi baru-baru ini ETNews telah mengesahkan bahawa LG berkemungkinan tidak akan mengumumkannya di IFA 2018, sebaliknya akan mengadakan acara berasingan pada awal bulan Oktober nanti.

Melalui pendedahan yang dibuat, LG V40 ThinQ dikatakan akan menampilkan rekaan skrin bertakuk mirip seperti LG G7 ThinQ sebelum ini dengan saiz bezel yang nipis. Sekaligus menjadikannya sebagai siri V pertama tampil dengan rekaan skrin bertakuk yang kini menjadi trend kebanyakan pengeluar.

LG V30 sebelum ini hanya menawarkan sokongan dua kamera utama dan juga satu kamera hadapan. Malah ia juga tidak memiliki rekaan skrin bertakuk.

Lebih menariknya, ia juga dikatakan akan menyokong lima kamera yang mana dua kamera ditempatkan pada bahagian hadapan, manakala tiga lagi akan ditempatkan pada bahagian belakang kerangkanya. Konfigurasi tiga kamera pada LG V40 ThinQ ini dipercayai terdiri dari lensa 20 Megapiksel + 16 Megapiksel + 13 Megapiksel. Berdasarkan laporan, ia akan membawakan lensa dengan sudut luas dan juga lensa telefoto.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend