LG Umum Kehadiran LG VELVET Sebagai Jenama Baharu Yang Memfokuskan Pada Rekaan Bergaya Comments Off on LG Umum Kehadiran LG VELVET Sebagai Jenama Baharu Yang Memfokuskan Pada Rekaan Bergaya

LG Electronics baru-baru ini telah mengumumkan produk baharunya melalui kemunculan jenama LG VELVET yang akan memfokuskan kepada rekaan yang lebih menyerlah dan elegan, sekaligus membezakannya dengan peranti sedia ada di pasaran.

Menurut LG, jenama baharunya itu akan menampilkan rekaan kamera ‘titisan hujan’ dan juga rekaan kerangka simetri yang bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi akan memberikan rasa sentuhan yang premium.

Berbeza dengan model sedia ada daripada LG sebelum ini, LG VELVET tidak lagi akan menggunakan nama model berasaskan alfanumerik (kombinasi angka dan huruf).

Sungguhpun begitu, buat masa ini pihak LG sendiri masih lagi belum mendedahkan sebarang maklumat lanjut dan juga konsep rekaan untuk jenama LG VELVET itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend