LG Signature OLED TV R Bersaiz 65 Inci Hadir Dengan Teknologi Skrin Boleh-Gulung Pertama Di Dunia 0 292

Di dalam pameran CES 2019 yang berlangsung pada hari ini, LG Electronics (LG) telah memperkenalkan televisyen generasi baru dengan teknologi skrin boleh-gulung yang pertama di dunia. Kemunculan LG Signature OLED TV R (model 65R9) secara tidak langsung telah menjanjikan satu rekaan inovasi terhadap industri pembuatan televisyen pada masa akan datang.

Memiliki paparan skrin beresolusi 4K sebesar 65 inci dengan panel OLED setebal hanya 3mm, ia boleh digulung ke dalam ruang khas yang dimiliki oleh kotak televisyen ini. Pengguna bebas untuk menyimpan terus paparan skrin ke dalam slot tersebut, ataupun memaparkan hanya suku daripada saiz layar skrin untuk tujuan memainkan muzik, memaparkan jam, memaparkan bingkai gambar digital dan sebagainya.

LG Signature OLED TV R yang dilengkapi dengan sistem audio Dolby Atmos berkuasa 100W ini turut menyokong sistem bunyi 4.2-channel yang diletakkan pada kerangka aluminium. Lebih menariknya, pelindung speaker televisyen ini juga telah direka khas oleh Kvadrat dari Denmark.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend